ASAL USUL ALAM DARIPADA ASAP?


Di dalam surah Fussilat 41:11, Allah berfirman: 

 

“Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap lalu Dia berkata kepadanya dan bumi: ‘Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa.’ Keduanya menjawab: ‘Kami datang dengan tunduk."


Dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, jilid 9 halaman 5010, Said Hawa telah berkata: 

 

“Sesungguhnya di sana memang sudah ada suatu keyakinan bahawa sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan adalah di dalam bentuk gas nebula seperti asap…..Dan pandangan yang seperti ini boleh dianggap sahih kerana ianya begitu hampir dengan hakikat kalimat “dukhan” di dalam Al-Quran.” 

 

 

 


 

 

Gas Hidrogen Dan Helium Dan 

Permulaan Langit Dan Bumi

 

Selah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan alam selepas berlakunya Big Bang. 

Kajian menunjukkan bahawa pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan. Di peringkat awal itu, proton telah bercantum dengan neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga sebagai ‘primary nebula’

Akhirnya dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu didominasi oleh gas hidrogen dan helium (Sumber rujukan: 'Encarta Encyclopedia: Big Bang Theory').

Selepas lebih kurang 1 juta tahun, gas di angkasa membeku dan kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu untuk menjadi galaksi, bintang-bintang dan bumi (Sumber rujukan: 'NASA Origin Program (Web): Timeline of the Universe: The Big Bang').

Penemuan ini adalah selari dengan pernyataan Al Quran. 

 

 



(Gambar diambil oleh ROSAT (Rontgen Satellite) yang merupakan sebuah makmal X-ray yang digunakan untuk menganalisa kejadian alam. Yang berwarna merah adalah asap (gas) bersuhu tinggi yang berkait rapat dengan kejadian alam di peringkat permulaan)

 

 



Copyright @ Dr. Danial (Rabiul Awwal 1421; June 2000)