Pengakuan Seorang Penulis Bible !!

Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987) ialah seorang paderi yang dihormati. Beliau pernah memimpin Gereja Moody Memorial Church di Chicago, Gereja Central Baptist Church di London, Gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi.  Dr. Frank Logsdon merupakan salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bible dalam usaha untuk melahirkan Bible NASV.

 

 

Pengakuan Dr. Frank Logsdon, salah seorang ahli jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard (NASV), telah dimuatkan di dalam O Timothy Magazine, Volume 9, Issue 1, 1992. Tokoh-tokoh Kristian sering mengatakan, Bible walaupun ditulis oleh manusia, tetap diiktiraf sebagai Kalam Tuhan kerana penulis-penulis telah dibantu oleh Ruh Suci (Holy Spirit). Dr. Frank Logsdon mempunyai pendapat yang berbeza. Beliau berkata: ‘Adakah kita begitu jahil sehingga tidak dapat mengesan tipu daya iblis berhubung insiden ini?' Nampaknya Ruh Suci tidak banyak membantu di dalam kes ini!

 

 

 


 

 

Copyright @ Dr. Danial Online, 2000-2001

Pulau Pinang, Malaysia.