Lord Headley memeluk Islam

 

Lord Headley atau Sir Rowland George Allanson dilahirkan pada tahun 1855. Beliau merupakan seorang tokoh dari Britain berkelulusan dari Cambridge. Beliau ialah seorang jurutera dan pernah menjawat jawatan Lieut. Colonel di Batalion ke-4 North Minister Fusiliers. Di samping itu beliau juga merupakan editor majalah 'Salisbury Journal' dan pengarang beberapa buku, yang paling terkenal yang bertajuk 'A Western Awakening to Islam.' Beliau menganut Islam pada 16 November, 1913 dengan mengambil nama Shaik Rahmatullah al-Farooq sebagai nama Islamnya.

 

Lord Headley berasa pelik dengan usaha pendakyah Kristian yang berusaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam kerana pada pengamatan beliau orang Islam 'lebih kristian' dari orang Kristian 

sendiri kerana orang Islamlah yang telah mengamalkan 

ajaran Nabi Isa yang sebenarnya.

 

 

Beliau juga menganggap konsep Trinity (Tritunggal) 

sebagai konsep yang amat mengelirukan. 

 

 

    Boleh dibaca di: http://www.ehalal.com/wordsnart/becomingislam.php

 


 

 

Copyright @ Dr. Danial Online 2000-2001

Pulau Pinang, Malaysia.