Perbandingan Di Antara

 

 

Bahagian 2

Al- Quran Tidak Berubah Hingga Ke Hari Ini,

Bible Berubah Dengan Pelbagai Versi

 

 

Allah memelihara kesucian Al-Quran dan ia tidak akan tercemar hingga ke akhir zaman. Allah berfirman di dalam surah Al-Hijr 15:9

 

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya."

 

Adrian Brockett di dalam 'Approaches to the History of the Interpretation of the Quran' pada halaman 44 telah berkata: "Al-Quran hanya mempunyai satu teks sahaja dan isinya tidak pernah diubah sejak dari zaman pemerintahan khalifah Islam dahulu. Al-Quran berkembang secara statik (kerana isinya tidak berubah)."

 

Komen Adrian Brockett Berhubung Al-Quran. Beliau Berkata Teks Al-Quran Tidak Pernah Berubah

 

 

Arthur J, Arberry di dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya telah berkata: "Selain daripada tanda-tanda bacaan yang dimasukkan kemudian ke dalam Al--Quran untuk memudahkan bacaan, Al-Quran yang diterbitkan pada abad ke-20 adalah sama seperti yang diterbitkan oleh Khalifah Uthman 1300 tahun dahulu." 

 

 

Tulisan Arthur J, Arberry Di Dalam Pendahuluan Terjemahan Al-Qurannya Menjelaskan Al-Quran terbitan Abad Ke-20 Adalah Sama Dengan Yang Diterbitkan Di Zaman Khalifah Uthman 1300 Tahun Dahulu

 

 

Harry Gaylord Dorman di dalam 'Towards Understanding Islam' pada halaman 3 telah berkata: "Kemukjizatan Al-Quran terletak pada stailnya yang begitu sempurna lagi unggul sehingga tidak ada sesiapapun yang mampu menirunya. Isi ajaran, maklumat  dan pernyataannya berhubung masa depan amat tepat lagi menakjubkan dan semua ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh Muhammad yang tidak tahu membaca dan menulis."

 

 

Harry Gaylord Dorman mengkagumi Al-Quran kerana ketepatan isi dan maklumat yang terdapat di dalamnya sedangkan Nabi Muhammad tidak tahu membaca dan menulis

 

 

Profesor Laura Veccia Vaglieri di dalam 'Apologie de Islamisme' pada halaman 57-59 telah berkata: "(Salah satu bukti yang menunjukkan Al-Quran wahyu Tuhan) ialah kemurnian isinya yang tidak pernah berubah sejak dari awal lagi."

 

Bagi Prof. Laura Veccia Vaglieri, isi Al-Quran yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi merupakan bukti Al-Quran ialah wahyu Tuhan

 

 

Sebaliknya Bible sentiasa berubah dan semakan semula sering dilakukan ke atasnya. Terry Watkins telah mendakwa 64,576 kalimat-kalimat Bible telah dibuang dari New International Version berbanding dengan Bible yang sebelumnya!

 

(Terry Watkins dari Dial-The-Truth Ministries mengatakan sebanyak 64,576 kalimat telah dibuang dari Bible New International Version (NIV) berbanding dengan Bible sebelumnya. Ini bermakna, sebanyak 3% daripada kalam Tuhan telah dibuang dan digantikan dengan kalimat lain

(http://www.av1611.org/niv.html)

 

Majalah Time telah melapurkan tentang kekeliruan yang sedang melanda penganut-penganut Kristian berhubung dengan pelbagaian versi Bible yang sedang berada di dalam pasaran pada hari ini. 

 

Majalah Time terbitan 20 April, 1981 pada halaman 62 telah melapurkan: "Kekeliruan yang belum pernah dialami selama ini telah menyerang penganut-penganut Kristian pada hari ini ketika mereka cuba menentukan versi Bible yang perlu dibaca." Terry Watkins telah mengatakan, sejak tahun 1880, 200 terjemahan Bible yang berbeza telah masuki pasaran. Bagi setiap 6 bulan, satu versi baru di dalam bahasa Inggeris akan diterbitkan!

(http://www.av1611.org/attack.html)

 

Setiap versi Bible tidak sama kalimat dan isinya.

 

Bible Versi New King James Version (NKJV) telah membuang kalimat 'Lord' sebanyak 66 kali, kalimat 'God' 51 kali dan kalimat 'Heaven' 50 kali. Sebanyak 2,289 kalimat dari bahagian Perjanjian Baru telah dibuang dari Bible King James Version (KJV) untuk melahirkan Versi NKJV. Secara keseluruhannya, lebih daripada 100,000 perubahan kalimat telah dibuat di dalam NKJV. Demikian juga yang telah berlaku ke atas Bible New International Version (NIV), New American Standard Version (NASV) dan Revised Standard Version (RSV) 

(http://www.av1611.org/nkjv.html)

 

Ensiklopedia 'New Advent Catholic Encyclopedia' secara rasmi telah mengesahkan bahawa kontoversi berhubung isi Bible telah wujud sejak awal lagi.

 

The New Advent Catholic Encyclopedia mengesahkan bahawa kontroversi berhubung isi Bible telah wujud sejak awal lagi. Di antara bab yang dipertikaikan di peringkat awal dahulu ialah 'Epistle to the Hebrews, James, bahagian kedua St. Peter, bahagian kedua dan ketiga John, Jude and Apocalypse.' Kontroversi ini berterusan sehingga melahirkan golongan Protestant dengan versi Bible yang berbeza dengan golongan Katolik.

(http://www.newadvent.org/cathen/03274a.htm)

 

Tokoh-tokoh Kristian semakin berani mempersoalkan tentang kesucian Bible selepas versi demi versi memenuhi pasaran! Di antara mereka ialah David B. Loughran, Pengasas Stewarton Bible School, Stewarton, Scotland.

 

David B. Loughran, Pengasas Stewarton Bible School, Stewarton, Scotland, berdepan dengan pelbagai versi Bible akhirnya telah bertanya: "Versi yang manakah sebenarnya Kalam Tuhan?"

(http://atschool.eduweb.co.uk/sbs777/vital/kjv/)

 

 

Kontroversi berhubung Bible menjadi semakin hangat bila kenyataan-kenyataan seperti yang di bawah ini dikeluarkan oleh tokoh-tokoh Kristian.

 

Tokoh-tokoh Kristian dari Fundamental Evangelistic Association telah mengeluarkan satu amaran kepada penganut-penganut Kristian: "Awas, Bible Versi Moden Berbahaya!"

http://www.fundamentalbiblechurch.org/Tracts/fbcmodrn.htm

 

 

Berdepan dengan semua ini yang mana satukah yang akan anda pilih, Al-Quran yang tidak pernah berubah isinya atau Bible yang pelbagai versinya?

 

......... Balik Ke Bahagian 1 ..........

Ke Bahagian 3 (Akan Datang...)

 


 

 

Copyright @ Dr. Danial Online 2000-2001

Pulau Pinang, Malaysia.