Perbandingan Di Antara

 

 

Bahagian 1

Al- Quran Ialah Kalam Allah

Bible Ialah Tulisan Dan Olahan Manusia

 

 

 

Al-Quran ialah wahyu daripada Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Allah mencabar mereka yang meragui wahyu-Nya dengan firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah 2:23

 

"Dan jika kamu tetap meragui Al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami, buatlah satu surah yang seumpama Al-Quran dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."

 

 

Di dalam Britannica Encyclopedia Intermediate, di dalam bab 'Koran' telah disebutkan: "Yang berkata-kata (di dalam Al-Quran) ialah Allah dan yang menerima wahyu itu ialah Muhammad, Rasul pilihan Allah. Umat Islam menyakini Al-Quran diturunkan oleh Allah dengan perantaraan malaikat Jibrail kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada bangsa Arab (ketika itu)." Definisi ini selari dengan apa yang dipegangi oleh orang-orang Islam selama ini bahawa Al-Quran bukan ciptaan makhluk tetapi wahyu Allah sepenuhnya. Ketika ia diturunkan kepada Rasul, Baginda telah mengarahkan sahabat-sahabat Baginda untuk menulisnya tanpa sebarang tokok-tambah dan tulisan itu kemudiannya dibukukan di zaman khalifah Uthman ibn Affan r.a. hinggalah ke hari ini.

 

Definisi Al-Quran mengikut 'Britannica 

Encyclopedia Intermediate'

 

 

Dr. Gary Miller merupakan seorang paderi (minister) dan pakar matematik yang berasal dari Kanada. Pada tahun 1978 beliau berkesempatan untuk membaca Al-Quran dan beliau terkejut dengan mesejnya yang jelas lagi menakjubkan. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan telah menulis beberapa artikel membuktikan Al-Quran sebenarnya Kalam Allah (sila baca di: http://www.islamic-paths.org/Home/English/Discover/Pillars/Shahada/Convert_Story/Miller.htm)

 

Di antara aspek yang mengkagumkan beliau ialah, walaupun Al-Quran diturunkan kepada mereka yang hidup di padang pasir, isinya berbagai-bagai termasuk perincian berhubung lautan dan ombak. Beliau menceritakan kisah seorang ahli pelayaran dari Toronto yang diberikan terjemahan Al-Quran untuk dibaca. Selepas membacanya ahli pelayaran itu telah bertanya: "Adakah Muhammad seorang ahli pelayaran?" Beliau diberitahu: "Tidak!" "Jika demikian ini merupakan suatu yang pelik kerana isi Al-Quran berhubung lautan, awan dan ombak begitu terperinci dan tepat dengan apa yang sebenarnya berlaku, sepanjang pengalaman saya, sedangkan Muhammad seorang yang sentiasa berada di kawasan padang pasir!" 

 

Ini membuktikan Al-Quran bukan karangan manusia tetapi wahyu daripada Allah.

 

Tulisan Dr. Gary Miller Berhubung Kehebatan Al-Quran

 

 

Sebaliknya, Bible yang ada pada hari ini secara umumnya adalah hasil kerja manusia mengikut olahan dan kehendak manusia. 

 

Salah satu organisasi Kristian terkemuka, International Bible Society (IBS) yang beribu pejabat di Amerika dan mempunyai pejabat di 100 negara di dunia, ketika menjawab persoalan berhubung pengarang kitab Bible telah berkata: "Ramai orang telah menyumbang di dalam penulisan Bible. Sebenarnya Bible ialah himpunan karangan / tulisan dari lebih kurang 40 orang penyumbang, 30 bagi kitab Perjanjian Lama dan 10 bagi kitab Perjanjian baru. Sebagai contoh, bab 'Psalms' mempunyai ramai pengarang, yang terkenal dari kalangan mereka ialah Nabi Daud. Pengarang-pengarang lain ialah Nabi Musa, Asaph, seorang yang dikenali sebagai Ethan dan anak-anak lelaki Korah."

 

Perlu diingatkan bahawa pengarang-pengarang ini dikenali sebagai 'authors.' 'Author' mengikut 'The Oxford Dictionary of Current English' bermaksud: "writer of book, article etc; originator of idea, etc." Maksudnya, mereka tidak hanya menulis, mereka juga menentukan isi, stail dan olahan serta mengedit di mana perlu. 

 

Penjelasan Berhubung Penulis-Penulis Bible Yang Dibuat Oleh International Bible Society Menyebutkan Seramai 40 Orang Telah Menyumbang Kepada Isi Bible. Tulisan Mereka Dianggap Sebagai Kalam Tuhan.

 

 

 Kisah-kisah berhubung Nabi Isa di dalam agama Kristian dikenali sebagai 'Gospel.' Gospel adalah sebahagian daripada Bible. Siapakah penulis Gospel yang sebenarnya? Adakah ia berdasarkan wahyu daripada Tuhan? Net Bible Institute yang berpusat di California, Amerika menerangkan: "Kisah berhubung kehidupan dan ajaran Nabi Isa diketahui melalui keempat-empat Gospel yang ada pada hari ini. Siapakah pengarang-pengarangnya? Mereka ialah Matthew, Mark, Luke dan John. Merekalah pengarang (authors) Gospel yang sebenarnya."

 

Net Bible Institute Menjelaskan Isi Gospel Yang Dimuatkan 

Di Dalam Bible Ialah Hasil Karangan Matthew, Mark, Luke dan John Mengikut Versi Mereka Masing-Masing. Yang anehnya, karangan mereka dianggap sebagai Kalam Tuhan!

 

 

 

Seorang tokoh Kristian, Bruce M. Metzger mengesahkan:

“(Penulis-penulis Bible) tidak menukilkan segala sumber yang mereka temui dengan tepat sebaliknya mereka menulis tentang kefahaman mereka berhubung dengan  sumber-sumber 

itu. Tujuan mereka ialah untuk membetulkan kesilapan penulis-penulis lain, tetapi apa yang berlaku ialah mereka 

telah mendedahkan kesilapan mereka sendiri.” 

 

(Bruce Metzger 'The Text Of The N. Testament: Its Transmission, Corruption & Restoration,' Oxford Univ. Press; hal. 195)

 

 

Salah seorang yang telah mengaku menulis dan mengedit Bible ialah Dr. S. Franklin Logsdon (1907-1987). Beliau  merupakan seorang paderi yang dihormati dan pernah memimpin Gereja Moody Memorial Church di Chicago, Gereja Central Baptist Church di London, Gereja Immanuel Baptist di Michigan dan banyak lagi.  Dr. Frank Logsdon adalah salah seorang jawatankuasa penerbitan Bible New American Standard Version (NASV). Beliau mengaku telah mengedit dan membuang banyak ayat-ayat Bible dalam usaha untuk melahirkan Bible NASV. 

(http://www.whidbey.net/~dcloud/articles/logsdon2.htm)

 

 

Pengakuan Dr. Franklin Logsdon Yang Telah Membantu Menulis Bible NASV. Beliau Mengaku Telah Mengedit Isi Bible Dan 

Berasa Amat Bersalah Dengan Perbuatannya Itu

(Baca Pengakuannya.........)

 

 

Isu berhubung penulis-penulis Bible sebenarnya tidak hanya ditimbulkan oleh orang-orang Islam malah juga oleh tokoh-tokoh Kristian! Salah seorang daripada mereka ialah Paderi (Father) John Breck yang pernah menimbulkan isu ini di dalam sebuah laman web berautoriti, Christianity.com. Beliau adalah seorang Profesor di dalam bidang 'Biblical Interpretation and Ethics' di St. Sergius Theological Institute di Paris, Perancis (http://www.christianity.com/CC/article/1,1183,PTID1000|CHID|CIID238468,00.html).

 

 

Paderi (Father) John Breck menimbulkan isu berhubung penulis-penulis Bible

 

 

 

Father John Breck menjelaskan pertikaian berhubung identiti penulis sebahagian bab di dalam Bible telah wujud sejak dahulu lagi. Hal ini mengesahkan tentang betapa melesetnya 

pandangan yang mengatakan Bible ialah Kalam Tuhan!

 

 

 

Ke Bahagian 2 

 


 

 

Copyright @ Dr. Danial Online 2000-2001

Pulau Pinang, Malaysia.